Sunday, 17 October 2021

Finally! I graduated from my Master's Degree!

 Assalamualaikum all.

I received lots of comments and email asking me about Master in IIUM. I feel overwhelmed with all the responses received! *wink

I would like to share with you that I had graduated from my Master last year, in October 2020 Alhamdulillah. It has been around one year, so many things have happened, that only now I have a chance to update my blog.

Long story short, I habiskan master dalam tempoh setahun setengah berbanding 2 tahun. Alhamdulillah. Gigih ye, Allah izinkan. Dengan master ni juga, saya present paper di conference 2 kali, publish paper di 3 tempat Alhamdulillah. Dan di luar jangkaan saya, saya dianugerahkan sebagai Best Student untuk Master in Education wuhuu! Segala puji bagi Allah. Tapi saya belum konvo ye, disebabkan Covid-19 ni (sekarang October 2021) sepatutnya konvo November 2020. Sekarang saya bekerja sebagai lecturer di Kedah, dapat apa yang dicita-citakan. Habis Master October 2020, apply jadi lecturer di IPTA dan IPTS, attended 4 interview, alhamdulillah March mula bekerja officially sebagai pensyarah. Sebelum tu, saya mengajar tutor BI, Korean, Math dan BM untuk sekolah rendah, menengah dan international workers. 

Saya nak kongsikan pengalaman di entri kali ini berkenaan conference dan publication. Walaupun master by coursework tak memerlukan kita untuk attend conference atau publish paper, tapi ambil peluang ini untuk lakukannya! Work with your supervisor and seek for his/her help. Conference senang je, make sure kita dah ada complete paper/ thesis, cari mana-mana conference yang berkaitan (saya cari yg related dengan Language ataupun Education), daftar dan bayar, kemudian present paper dalam tempoh 10-15 minit. Sangat mudah! Macam presentation dalam kelas tu haa, mcam tu la. Cuma sejak Covid-19 ni, semuanya online walaupun conference. Lagi mudah, bukan?

Conference dan publication ni penting untuk postgraduate students, added value ataupun pluspoint kepada kita. Terutamanya jika anda memang nak jadi lecturer, conference dan publication akan membantu untuk interview kerja nanti. Ni menunjukkan yang kita pandai menggunakan Academic Writing and credible to be an educator at tertiary level. 

Untuk publication, agak sukar untuk beginners sebab saya pun masih belajar lagi tentang SCOPUS, High-index semua tu. Tapi jangan risau, untuk awal ni tak payah kisah sangat tentang semua tu. Cari je mana-mana peluang untuk publish, sama ada yang free atau berbayar. Yes, betul, ada publication journal yang free of charge ye sahabat sekalian. Haruslah rajin menggoogle. Bila paper kita dah publish, nama kita akan ada di muncul di Google tau. Saya nak share papers yang saya dah publish, jemputlah baca kalau berminat ye ><

1) https://doi.org/10.17507/tpls.1109.20

2) http://eoi.citefactor.org/10.11241/asbj.02.01.004
3) http://proceeding.ppi-malaysia.id/index.php/smic


Bagi yang belum baca first entry berkenaan sharing master TESL di uia, silakan https://enyscha.blogspot.com/2019/03/ 

Seperti biasa, kalau ada apa-apa soalan, boleh hubungi saya melalui email enyscha@gmail.com insyAllah saya akan bantu apa yang boleh. Kalau kira-kira, dah ada 50 orang kot yang email tanya tentang Master UIA dan Degree di Pagoh hahaa alhamdulillah setakat ni saya reply je semua.


Sekian saja perkongsian kali ini, semoga Allah merahmati kita semua! Bye!



Sunday, 7 July 2019

TIPS KONVO UIA (IIUM)

Hi! So sekarang dah bulan July. Another few months lagi 35th IIUM Convocation! Uwuuuu. Congratulations for those who will be graduating this November. Semua penat lelah anda telah sampai ke penghujungnya. Btw I convo last year, so all moments of the convocation event are still fresh in my mind. Before it starts to fade, I think it would better for me to semadikan all the tips here. So basically this tips can be used for all, either male or female graduands. Btw this are just a random tips, you may share your own experience as well and please feel free to do so.

Image result for mortarboard iium


1) PILIH TUDUNG YANG SESUAI (SHAWL KE BAWAL BETTER?)

Ahaa ini penting untuk female students. Kalau tudung tak jadi, bad mood lah jawabnya. Btw I suka tudung bawal so I pakai bawal color cream untuk convo. As we know, cream kan banyak2 tone colour kan. So sebenarnya UIA tak strict sangat pun. Asalkan cream. So tak payah la nak cari yg cream putih2 sangat. Cuba try which tone of cream yang match dengan skin colour. Gambar ni sebenarnya semua tone cream yang lain lain tapi sebab dalam gambar kan, so nampak almost same je tiga tiga. Btw a serious warning ni, mortar board tu ada strap kat belakang untuk kita adjust dengan saiz kepala. Nak ketatkan ke, longgarkan ke. Tudung bawal cotton I yang ni rosak teruk tak boleh pakai terus dah lepas tu sebab strap tu tarik benang2 kat tudung. So that was my first and last time wearing that tudung bawal. Dah la beli tudung cream ni semata mata untuk konvo uhuk...nasib baik RM15 je weheee. So bila bawal cotton tu dah tertarik dengan strap kat belakang, awning tudung susah nak jadi. So untuk tak ruin kan mood, I kelepet je lah tudung tu masuk dalam mortar board. I yang hujung belah kiri, yang tengah tu my bestfriend, also wearing bawal shiffon tapi cantikkk elokkk je, very lucky of her, and yang cantik menarik hujung sekali tu teman seperjuangan belajar, dia pakai shawl.


So my advice is, better go for shawl. I konvo untuk Master next year (insyaAllah...doakan) I will definitely go for shawl. Nampak lebih kemas. This tip is only useful kalau konvo tahun ni ada mortarboard lah..kalau takde hmm hmm.

2) JANGAN BAWA HANDBAG/ SLING BAG BESAR MASUK CONVOCATION HALL

Bawa beg yang kecil2 je, agak2 muat untuk masukkan dalam robe. Dalam beg tu jangan lupa bawa air mineral kecil dan tisu. Penat dan panas jugak dalam hall sebab walaupun ada air cond, kita pakai robe, and ramai orang, so terasa la haba tu. Tambah2 pula each session of convo tu makan masa lebih kurang 4-5 hours. Kalau tengah duduk tu, dahaga dan lupa bawa air, boleh la cari komiti yang pakai lanyard. Kalau nasib korang baik, ada lah komiti spare air mineral. Kalau tak, tahan je la dahaga. Kalau terjadi any unexpected incidents, such as member sebelah pengsan ke, girl tetiba PMS ke, tercirit ke, kasut hitam tetiba terlucut tapak ke, angkat tangan. Komiti akan datang. Dengar macam kelakar, tapi ni betul2 terjadi ok. Ye lah berapa ribu graduan dalam hall tu nak konvo, macam2 hal jadi. Waktu I haritu ada student kasut hitam tertutup yang dia pakai tu tetiba lekang, terlucut tapak. So komiti tu pun bagi lah kasut dia, dan komiti tu berkaki ayam p mai p mai dalam hall tu, pakai stokin je. Moga Allah merahmati komiti tu ye, besar pengorbanan dia.

Sebelum masuk convo hall, kita akan beratur kat luar ikut row kerusi. So sebelum masuk tu, kena pakai kemas2, better jangan bawa handbag besar. Handbag kecik bole masukkan dalam robe, klau besar jadi la kembung-kembung robe tu sebab handbag. Nanti dah duduk kat kerusi, boleh bawa keluar handbag tu dari robe dan letak bawah kerusi. Sister kalau nak bawa make up untuk touch up boleh la, sebab some performance and speech tu sangat la menyentuh hati. Terutama berkenaan ibu bapa. Sedih beb! Keluaq hingus habis. So pakai lah mascara yang waterproof ok dan bawa lah compact powder satu. Kalau korang yakin korang takkan nangis ok je huhuu. Kalau nangis, habis lah heavy make up korang tuu, Belum keluar hall tangkap gambaq dah cair makeup dibawa arus air mata.

3) DATANG AWAL DAN BAWA FAMILY YANG DATANG KE MAIN AUDI DAN HALL TEPI MASJID LEVEL 2

As we know, orang yang dibenarkan masuk ke dalam convocation hall 2 orang je. Selalunya parents la kan. So kalau ada abang, adik, kakak, pakcik, nenek, tunang dan saudara mara yang lain datang juga, korang bawa family korang ke Main Audi atau Mini Audi. Main Audi sangat selesa dan tips dia korang kena datang awal dan escort family korang stay kat situ. Di Mini Audi dan Main Audi nanti diaorang akan buat live through big screen, macam dalam cinema gitu. So boleh la family tengok korang start dari masuk hall, special performance, ucapan rector sampai la korang ambil scroll atas pentas. Tempat yang diaorang prepare untuk family duduk sangat lah selesa. Dalam hall, ada aircond, kerusi. So kalau nak family lagi selesa korang beli lah siap2 air mineral, popcorn, keropok ikan untuk family korang sambil-sambil dok tengok korang kat screen tu. Lama weyy 4-5 jam convo event tu. Boleh juga tengok live kat YouTube.

Untuk graduand dan parents yang akan masuk ke dalam convocation hall, korang akan beratur kat pintu yang berdekatan dengan Ricchiamo Cafe tu. Parents jangan lupa bawa invitation card, dan graduan jangan lupa bawa multimedia card.

Ni gambar perbarisan graduan yang beratur masuk dalam hall dekat screen Main Audi. Jangan lupa senyum! Robe kembung-kembung sebab ada handbag dalam tu tak lawa la kan, so better jangan bawa beg besar. Nak masuk hall memang kena tangan kosong dan berpakaian kemas. Barang2 semua kena sorok dalam robe. Btw jangan lupa senyum, lambai2 dekat kamera waktu masuk hall tu, Family korang dah tengok kat screen Main dan Mini Audi tuu...



4) SHOOT GAMBAR PRE-CONVO ATAU POST-CONVO UNTUK GAMBAR YANG LAGI CANTIK

Babe...hari konvo memang kelam kabut babe. Serious tak tipu bro. Nak cari parking, nak solat Zohor (untuk konvo evening session sebab start pukul 2 p.m), nak makan, kena pula hari korang konvo tu hujan, belecak. So untuk gambar dengan kawan-kawan yang cantik korang better shoot before or after hari konvo. Takde lah nak terkejar-kejar solat, remove then apply balik make-up, boleh pakai tudung warna selain cream, boleh pakai heels dan sebagainya. Korang spend hari konvo tu dengan family je basically. Nak farewell dengan kawan-kawan, dengan ex roommates better hari lain, before or after konvo. Phone tak berhenti2 bunyi after keluar hall tu, kejap2 roommate call wsap, supervisor intern dtg buat surprise, mak sedara cari hall tak jumpa, family tak tau nak jalan dari Main Audi nak ke hall macam mana, ex datang nak bagi bunga lah..eh. Korang nak entertain macam mana lama2, so bila kelam kabut gambar kureng cantik laa. Untuk nilai aestetika dan kecantikan yang maksima, tangkaplah gambar before atau after konvo ok. Kalau korang sesi pagi alhamdulillah. Tak kelam kabut sangat.

Nak dapat gambar yang cantik-cantik korang search la kat insta ke google ke. Tak perlulah I ceritakan lebih panjang sebab UIA ni memang famous dengan gambar konvo yang havoc2 especially gaya Harry Potter. Cool babe! Havoc terukk!

Ni gambar-gambar sumber google (all pictures are credited to the owners):

Image result for uia konvo harry potter

Image result for uia konvo harry potter

Image result for uia konvo harry potter

Image result for uia konvo harry potter


























5) PILIH BAJU YANG MATCH DENGAN ROBE

I tak sure nak suggest warna gelap atau terang, tapi setakat dok tengok gambar konvo geng UIA kat insta, warna hitam, blue black, merah, dan putih sangat cantik. Gambar tu jadi naik seri. Takde la nak cakap warna-warna yang bold tau, tapi pastel mcm kurang cantik sikit, for me la.

Btw I pakai warna hitam untuk konvo last year. Ok la I suka. For me, cantikk. Rasa nak je tunjuk gambar kawan-kawan yang pakai baju blue black, merah, putih waktu konvo tapi I am too lazy to text my friends to ask for their permissions. Sorry guys. Korang cari kat insta k.











































6) PASTIKAN IKUT DRESS CODE UIA

Make sure you guys ikut tau dress code yang dia bagi tu. Dah dia cakap pakai tudung cream, pakai je la, korang jangan dok p pakai tudung coklat pulak. Silap2 komiti akan bagi tudung yang diaorang spare untuk case macam ni. Bawa pin dan jarum lebih sebab mortar board tu suka lari-lari, nak p mana tak tau. Sebelum naik stage tu, ada je komiti sediakan jarum. Diaorang akan tolong betul-betulkan apa yang patut supaya korang nampak perfect atas stage. Jangan takut dan nervous nak naik stage sebab sepanjang korang nak naik tu, ada je komiti jaga check point. Ramai akan guide. Tak payah risau langsung pasal korang tak pernah rehearsal naik stage. Tak perlu rehearsal pun sebab serious talk...komiti are extremely kind and very very very helpful. Diaorang siap ajar lagi macam mana nak bagi bagi atas stage cantik (jangan tunduk, senyum for 5s, cara pegang scroll waktu turun). May Allah bless them!

Kasut pastikan tertutup. Kasut plain dan flat. Polka-dot or any kasut corak-corak tak bolehh. Ada heels sikit boleh, tapi jangan tinggi sangat heels. Wedges and sport shoes are a big NO!

7) SMILE AND SAY TERIMA KASIH INSTEAD OF THANK YOU WAKTU AMBIL GAMBAR ATAS STAGE

Cuba sebut thank you. Cuba pulak sebut terima kasih. Thank you bibir jadi muncung kan, terima kasih jadi lebar. So cakap la terima kasih supaya gambar lebih cantik. Nak rare cakap la syukran atau kamsahamnida, asalkan bibir lebar ye. Baru gambar nice!

Ni gambar I waktu konvo. Yess tahu je jangan tunduk sangat tapi tak tahu la kenapa p tunduk jugakkk. Jadi automatic dok depan orang berjawatan besar, terus tunduk huhuu. Out of respect maybe. So gambar jadi la macam ni. Not bad pun.



Gambar waktu jalan nak turun stage malas lah nak tunjuk. Dengan mata pejam, pegang scroll terbalik, langkah kaki besar-besar macam along nak g kutip hutang. Malas ahhh!

Lepas turun dari stage, akan ada komiti yang bagi number untuk gambar korang. Jangan hilangkan tau. Sangat penting. Kalau tak, takde la gambar korang atas stage yang di snap oleh official photographer UIA.

Waktu konvo 2018, sehari lepas konvo dah boleh g ambil gambar kat booth diaorang. Usually diaorang buka booth kat Edu. Kena tunjuk number yang komiti bagi waktu turun stage tu. Boleh pilih nak pakej yang mana. Paling murah RM25 (if I'm not mistaken la, but for sure tak lebih RM30). Ada pakej RM30+ untuk 5 pieces of pic, dan pelbagai lagi pakej sampai beratus ratus sebab including frame and shoot with family kat dalam studio. Depends pada budget masing2.

8) AMBIL DAN RETURN ROBE

Please guys datang awal untuk ambil robe. Datang pagi-pagi on the first day of collecting robe is the best one! Kenapa datang awal?

- Nak dapatkan saiz robe yang betul.
Basically robe UIA ni saiz dia dekat2 sama ja. Kita boleh ketatkan atau longgarkan robe menggunakan tali dalam robe tu. Ada lah cara dia, nanti komiti ajar. Yang membezakan XS sampai ke XXXL ialah labuh dia. Mostly orang nak XS and S sebab ye lah jubah labuh labuh sangat tak cantik laa. Rimas pulak tu. XS dan S memang on demand so kalau datang lambat nasib ko laa diknon. Ada je member I yang body kecikkkkkk sangat tapi sebab datang lambat, tinggal saiz L je. Nasib laa. Labuh, tinggal sejengkal je dari kaki. So another option is korang minta tolong kawan ambilkan robe.

- Nak try robe kat fitting room
Takde lah fitting room sangat tapi I tak tahu nak cakap macam mana. Basically akan ada tempat try robe waktu nak masuk hall dan ada komiti yang guide. Korang boleh try tengok saiz mana yg kena dan komiti tu akan advice la singkat sangat ke, labuh ke. Ada cermin siap kat situ. Kalau datang lambat, korang rushing dan komiti pun maybe macam nak layan taknak layan dah sebab penat.

- Ramai gila orang!!!
Serious talk ramai gila beratur. I came on the first day of collecting robe. Bole start collect pukul 8 am. I datang pukul 7.50 am. Queue dah panjang, tapi takde la panjang gila-gila. 2 jam baru settle. Kita ada 2 counters kena check in. Line yg panjang tu sebab dia nak check semua clearance dah settle ke and whatsoever, so better make sure semua dah clear. Kalau sampai kat kaunter, ada yg tak clear, korang kena g settlekan clearance pastu beratur balik 2 3 jam tu. Matilanakkk. Nauzubillah. Second kaunter dia akan bagi queue number untuk ambil robe. Another special counter untuk orang yang dapat special Award macam Best Student ke, Koku ke. Mostly memang berejam laa spend time untuk collect robe. Menyampah pulak kalau ingat balik hmm.

Kalau korang datang tengahari atau petang, korang bayang la kene beratur sampai ke luar sana nuu, tengah2 panas. Barisan dah melingkar macam ular dah. Serious I bukan over react ni, tapi memang mcm tu. Kesian gila tengok instastory kawan I. So disebabkan queue tu lama, korang datang la dengan geng atau kawan2. So takde la bosan dan lonely sangat beratur sejam dua tu. Make sure juga apa2 form dan surat yang diaorang nak, korang prepare bagi complete. Taknak la buat keje 2 3 kali. Renyah dan penat.

Lagi satu, kalau nak jimat duit, korang bawa lah beg besar siap2 untuk masukkan robe dan mortar board dalam tu. Robe tu dia akan bagi sekali plastik laundry dan hanger, mortar board pun dalam plastic. Kalau taknak bawa any bag pun boleh. Boleh beli kat luar hall. Diaorang ada jual bag IIUM Convocation. Tak salah haritu RM8 ke RM15. Quite pricey sebenarnya untuk bag yang biasa and simple macam ni tapi kot la korang nak simpan buat kenangan ke. Quality dia not bad jugak. I dah usung pi mai pi mai, sumbat robe dan macam2 barang dalam tu, takde pun koyak ke, tangkai putus ke. Elok la.

Rupa bag tu macam ni.



Robe boleh pulangkan right after habis convocation ceremony kat tempat korang ambil robe. Tapi for evening session memang tak sempat sebab diaorang close pukul 5 p.m. As I can retrieved, last return robe is 2 weeks after convo. Diaorang akan bagi specific date, korang kena alert. Tak perlu basuh ok robe tu sebab waktu korang pulangkan, komiti akan campak je dalam raga. Memang diaorang akan basuh. Ye la dah bayar RM200 kan untuk graduation fee wuhuu.

Lepas pulangkan robe, akan ada satu kaunter untuk korang ambil the authentic scroll convo dan specific certificates (if related) macam sijil Rector's List. Means, kalau tak return robe takde lah scroll. Ape ke gila konvo tapi takde scroll. Haa...so kene la pulangkan ye.

So since our turn untuk konvo last year tu evening session, what I did was, I came back to UIA keesokkannya harinya lepas konvo, jumpa kawan-kawan dan lecturers yang tak sempat jumpa hari konvo, pulangkan robe dan terus collect gambar atas stage dari official photographer UIA. Lepastu terus back to my hometown. Smooth je semuanya Alhamdulillah!

Btw different colour of hoods represent the diff kuliyyah. For example, biru lembut tu untuk Kuliyyah of Languages and Management, royal blue for Education, black for Law, orange for Kuliyyah of Science, silver for IRKHS, cream for Pharmacy, Maroon for Engineering and etc.

9) DATANG AWAL SEJAM ATAU DUA JAM SEBAB JALAN JEM

Yessss memang jem dari luar UIA lagi. Dalam UIA tak payah cakap laa, stuck. So korang datanglah awal. Bawa family makan kat UIA dulu, kalau nak solat boleh pergi masjid, duduk rehat rehat kat masjid. Nak cari parking susah sikit. Silap-silap kena parking kereta dekat KICT atas bukit nun, pastu jalan kaki turun ke hall. So untuk elakkan daripada perkara yang tak dingini berlaku, datang lah awal. Better safe than sorry.

Robe tu bawa lah letak dalam bag yang sesuai dengan saiz robe. Xde lah korang kena usung kat lengan pi mai pi mai dalam UIA tu. Xpayah hanger pun tak ape..ok je robe tu takde la kedut sangat pun bila letak dalam bag.

10) TAKE A GOOD CARE OF YOURSELF

Jangan lupa makan heavy meal dulu sebelum masuk hall sebab convo event tu lama tau. Ye memang la excited nak konvo kan, tapi makan la dulu walaupun tak lapar. Kang perut masuk angin ke, asyik nak g toilet ke waktu dalam hall. Spoil la mood nak konvo kan.

- Battery phone charge siap-siap bagi penuh.

- Hafal number dan queue korang untuk dalam hall, what number, either right ke left wing.

- Walaupun excited jangan over, jangan jerit-jerit atas pentas lepas ambil scroll "I love you mama papa!" (yessss it happened for real during our convo). Orang tak tepuk pun diknon kau jerit macam tu, jadi awkward hall tu. Respect la emcee tengah announce nama orang yg next nak naik stage ambil scoll lepas you tu. Everyone in that hall loves their mamas and papas bro, no need to scream like that.

- Cuba senyum dan raikan semua orang yang datang untuk celebrate you. Memang tak sempat nak spend time lama-lama dan penat sikit hari konvo but at least show them that you appreciate their efforts to come and congratulate you. I nangis waktu kawan baik I yang dah lama tak contact tiba-tiba datang bawa bunga, without telling me pun that she would come. Dia contact dengan adik I ja. Sangat surprise!

- Jangan tinggal solat walaupun hari konvo tu kelam-kabut. Jangan sebab sayangkan make up, you skip je solat. Kita taknak raikan hari kemenangan kita dengan kemurkaan Allah, kan? :)

- Seminggu sebelum konvo, buat la extra skincare routine. Nak bagi nampak glow muka sikit hari konvo weheee. The day before convo make sure rehat dan tidur cukup ok. Baru la nampak energetic. I on diet 3 months before convo, so turun la berat 7kg waktu tu weheheee. Total sekarang dah turun 14kg Alhamdulillah.

Ok brothers and sisters I think that's it! 10 tips yang I dah share untuk IIUM Convocation based on my experience konvo tahun 2018 so hopefully it would be useful for you guys! Jangan lupa hafal lagu IIUM, dah last dah nak nyanyi kan. Nyanyi dengan penuh semangat dan bangga sebab akhirnya korang konvo babe!!! Segala sleepless nights korang untuk siapkan assignment, deal dengan groupmates yang bermasalah dan free rider, kena marah waktu presentation, tak paham apabenda lecturer ajar dalam kelas dan banyak lagi cabaran untuk habiskan degree ni finally has come to the end!
Feel tu kurang sikit kalau korang memang ada plan untuk sambung Master kat UIA sebab nanti konvo lagi kan, yedok?

Ok all the best for your future endeavors guys! Once again, tahniah, congratulations and chukkahae! Be proud of yourself. Berterima kasih banyak-banyak kepada kedua ibu bapa korang.

Semoga semua dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. InsyaAllah. Amin.

Monday, 11 March 2019

My first year experience as a Master's student in IIUM (TESL)

Hi!

This is my first post for 2019! 2019-year of instilling positivity! That is my motto for this year and hopefully it works. So far so good. There was a time when I fall apart but I believe that I need to keep going because I did not come this far, just to come this far! Ain't it?

I did not have any plan to further my study back then but who knows, right after I finished my internship, Allah opened my heart to continue doing Master. After a continuous discussion with my parents I decided to further my study in IIUM, the same place where I had my degree. Yes! I came back to the Garden of Knowledge and Virtue.

Procedure untuk nak apply Master was not that complicated. I applied online through e-admission IIUM. Kena upload a few documents such as degree scroll, transcript, SPM result, sijil berhenti sekolah and so on. 2 months after that, I received my offer letter. Oh not to forget, we have to pay RM100 for application fee.

Everything went smoothly. I taknak datang Taaruf Week, so I came early to settle down the hostel and to verify documents. For your information, ex IIUM tak kena ambil Arabic Placement Test (APT) and English Placement Test (EPT). For outsiders, yes you cannot skip Taaruf Week because there will be briefing about Celpad and what not. Penting guys!

I request nak stay Mahallah Asiah sebab I dah biasa. I suka toilet dia bersih dan besar. Basically, block postgraduate sama je macam undergraduate cuma bilik dia besar sikit, and each compartment ada pintu. Toilet still kat luar bilik, shared toilet, and dalam bilik ada sinki.  Kalau students degree takde pintu, tutup compartment guna langsir je.

                                              This is my room. Each room ada 4 compartments.

                                                              Ruang tengah bilik.



For those yang bukan dari kuliyyah Education, we have to take 3 prerequisite subjects.

  1.  Principles of Teaching
  2.  Practice of Teaching
  3.  Intro to Education
No worries, waktu ambil prerequisite subjects ni you guys boleh ambil core course dengan elective lain jugak. Maximum credit hour 15. Prerequisite subjects ni best sebab we learn started from the very basic. As a teacher, we need to have the knowledge of the subjects and also pedagogical knowledge (teaching approach) as well. Most Masters program yang UIA offer duration dia 2 tahun. For Kuliyyah of Education (KOED) Master in TESL ada 3 jenis:

  1. Fully research 
  2. Coursework with directed research
  3. Coursework with thesis (mixed mode)
I'm taking coursework with directed research. Basically, dia macam degree sebab you kena pergi kelas, ada assignment, presentation, group works and so on dan final year nanti you ada research macam FYP. I cuma mampu share based on my experience sebab I pun still in my first year. Uhukkk. Will update from time to time okay, InsyaAllah. So far apa yang I boleh cakap, as a postgraduate student you tak boleh lari or elak daripada research. I pun ingatkan I dah terselamat daripada research bila ambil coursework tapi I salah huhuuu. Some subjects even required us to publish our research. The first month of my Master journey was a disaster! I kept crying and doubting myself either I can do this or nor. I even have a thought of quit from my study, to some extent, but then I managed to pull myself together and now I am here, still struggling. I texted my seniors, asked for their advice. One thing that gives a big impact to me was when my senior said "postgraduate life is totally different than ug, its a lonely journey, it is also an opportunity for you to be a better human being, a better Muslim". I cried babe..sebab seriously rasa sunyi sangat-sangat. I mean, yeah I still kat UIA yg sama, environment yang sama but without my friends anymore. Postgrad ni semua orang macam bawa haluan masing-masing tau, takde nak berkawan sangat. My classmates baik-baik je, we joke around, talk about personal things tapi I tak rapat sangat macam mana rapat dengan kawan-kawan degree dulu. And not to forget sometimes you akan rasa ada barrier sikit sebab some of them are a way much older than you, dah bekerjaya and some of them even work as lecturers. Your class lecturer pun treat you differently and itu salah satu sebab yang I rasa down gila-gila awal masuk Master haritu. Lama-lama you tahu macam mana nak bawa diri, then okay lah. InsyaAllah. Pesanan I for those yang nak sambung study, istikharah dulu. Minta bantuan dan doa Allah tunjukkan the best paths for us. Kadang-kadang kita rasa macam kita boleh buat, tapi sebenarnya kita tak boleh, kita jatuh. Doa juga moga Dia pegang dan tetapkan hati kita. InsyaAllah, Allah pasti akan tolong hambaNya yang nak menuntut ilmu, kan? Kita yakin itu.

Try to join program or event conducted by postgrad centre by kuliyyah. Dari sini, kita akan dapat macam2 pengalaman dari sharing session senior. Study hack and stuff. I knew how to make petition for short semester fro Master's students, how to choose supervisor for thesis, how proposal defense is conducted, what subjects should not be taken together and other beneficial stuff based on the program conducted by postgrad society of Kuliyyah of Education.

Alhamdulillah, daripada postgrad hack by seniors ni juga la, I managed to approached my research supervisor during my first semester, submitted my concept paper in the same semester, which was quite advance actually, and I even working on my research yang dah 75% complete. Just nak touch up je lagii. I even presented my concept paper in front of Indonesian delegation, whereby most of them are PhD students and even lecturers. Alhamdulillah ala kulli hal. So point dia, jangan hanya fokus pada your work or thesis je. Blend in, mingle around, ask senior, borak2 dgn lecturers. Okay?

 The Indonesian delegation

After presenting my research paper

You can check the total cost and mahallah fee kat IIUM website because it keep on changing. So far untuk 2 tahun Master Coursework tahun 2019/2020, the total cost is RM5,800+ and Mahallah (hostel) RM1212.50 per semester. 
Ni list subject untuk Coursework TESL:

Pre-requisite subjects:

     1. Intro to Education
     2. Principles of Teaching
     3. Practice of Teaching

Core Courses:
  1. Research Methodology
  2. Qualitative Research Methods
  3. Advanced History and Philosophy of Islamic Education
  4. Educational Measurements Statistics
Specialized Courses:
  1. Principles of Language Learning and Teaching
  2. Meeting the Literacy Needs of ESL Learners
  3. Language Testing and Evaluation
  4. Design and Implementation of Educational Software
  5. ICT for English Language Teaching
  6. Instructional Media in English
Elective Courses:
  1. Cognition, Learning and Literacy Development
  2. Foundation in Multicultural Education in ESL Context
  3. English for Specific Purposes
  4. Syllabus Design and Materials Development
  5. Internship

(Update October 2021): Saya dah grad master! Alhamdulillah. I have wrote a short entry on what happened after my first semester, feel free to read: https://enyscha.blogspot.com/2021/10/finally-i-graduated-from-my-masters.html

(Update March 2022): Finally the long-awaited convo was conducted! I graduated with 2021 Best Master Student Award and 36th IIUM Valedictorian! Subhanallah Allahuakbar. All praises belong to Allah. Alhamdulillah. 



Friday, 28 September 2018

Food Hunting at Kuantan

Hi! Entry kali ni saya nak share beberapa tempat makan best di area Kuantan yang saya dah try. Saya selalu pergi Kuantan sebab my best friend study kat UIA Kuantan. For your information, UIA Kuantan terletak di Bandar Indera Mahkota (IM) dan ia menempatkan science students dan terdiri daripada beberapa courses.

1) ANA IKAN BAKAR PETAI

Ana Ikan Bakar Petai ni memang famous dari kalangan local dan visitors. Ikan bakar dia best, sedap plus dengan sambal yang dia sediakan perghh! Selalunya saiz ikan yang dijual di situ agak besar. Makan 2 orang confirm tak habis, so recommended untuk pergi paling kurang pun 3-4 orang la. Tak payah order kuah-kuah macam tomyam, sup pun takpa sebab sambal yang dia letak kat ikan bakar tu dah cukup banyak dan sedap untuk dibuat kuah.

Waktu tunggu makan ataupun tengah makan tu selalunya akan ada orang datang jual kismis keropok, buah dan minta sumbangan tapi jangan risau diaorang tak memaksa pun. Kalau taknak cakap je taknak ataupun bagi sign, terus diaorang ucap terima kasih dan pergi. Okay je...no worries. Pada saya, yang sedap kat sini ikan bakar je la. Kalau sotong goreng tepung, kepah macam tu biasa-biasa je. Harga pun okay la, tak mahal tak murah.

Ni alamat kedai: Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang, Malaysia
Makan tiga orang: Ikan siakap saiz sederhana bakar separuh dan masam manis separuh, sotong celup tepung 2 ekor saiz kecil, tomyam dan nasi total RM88



2) BOCCA CAFE

 Ni alamat cafe:  Jalan Beserah, East Coast Garden, 25300 Kuantan, Pahang, Malaysia

 Kedai ni terletak kat atas kedai nasi kandar. Konsep dia kedai ala-ala hipster dan makanan dia nice, sedap. Saya jenis yang ngko hipster ke kedai cantik ke apa ke, kalau makanan tak sedap maka itu yang pertama dan terakhir. Bocca Cafe ni dah dua kali saya pergi. First tu order chicken chop dan kawan saya order chicken grill, kitaorang suka la. Sedap. Paling suka dia punya kuah black pepper. Second time pergi tu order mozarella chicken chop and bolognese chicken chop. Pun sedap jugak. Ramai orang muda lepak sini sebab diaorang ada sediakan shisha jugak, plus tempat hipster cantik untuk tangkap gambar kan..harga pun ok. Tapi tempat ni berasap sikit la uhuk uhuk *batuk



3) JAMAN TORY 

Kedai ni saya rasa konsep dia kampung dan hipster dalam masa yang sama. Cantik dan cool! Makanan paling special kat sini adalah yang tebako tebako. Boleh search insta diaorang jaman_tory_resepi untuk tahu lebih banyak menu. Haritu saya try nasi goreng CISTEBAKOWEH dengan Char Koey Teow Sizzling total RM27. Honest opinion, okay laa not bad. Tapi service lambat walaupun tak ramai orang waktu tu. Saya rate 2 over 5 star for both service and the food. 



Alamat: Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang, Malaysia

 4) LEBAK CAFE & LONTENG

Cafe ni juga recommended untuk korang especially youngsters yang suka bergambar. Interior design kedua dua kafe ni cantik dan nice, sedap mata memandang. Makanan okay2, nothing special. Service okay..cepat. Lonteng Cafe tu staff dia pakai ala-ala koboi gitu. 

Lebak Cafe: Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang, Malaysia (berhampiran dengan UIA Kuantan)
Lonteng: Jalan Telok Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang, Malaysia

5) NABILA TOMYAM

Untuk peminat makanan thailand, Nabila Tomyam is highly recommended. Makanan sedap-sedap, harga berpatutan dan staff pun peramah. Pandai kecek, dio siap bagi resepi sek awok wey! Kedai ni selalu ramai orang, kadang-kadang kena tunggu sebab meja semua penuh. Selain tomyam, dia punya ayam masak gajus dengan somtam pun mengancam. Saya tak pernah try masakan panas macam nasi goreng, mee goreng macam tu, so tak boleh nak bagitahu lebih-lebih. Tapi dari apa yang saya perhatikan, kebanyakan customer memang akan order nasi putih dan tomyam.

6) NASI KUKUS MY MAMA

Guys rugi kalau datang Kuantan tapi tak try nasi kukus My Mama ni. Diaorang banyak branch, so boleh google. Yang saya selalu pergi ni opposite UIA Kuantan je. Konsep Nasi Kukus My Mama ni macam fast food, satu kaunter untuk order dan buat pembayaran, satu kaunter lagi untuk ambil makanan. Dia punya ayam berempah dengan daging masak kerutuk tu perghhhh! *air liur menjejer. Kuah pulak dia campur 3 jenis kuah, pfftt sedap terok! TRY TRY wajib TRY! Antara nasi kukus yang paling sedap saya pernah makan. 

7) ANIQ STEAMBOAT

Konsep Aniq Steamboat ni all you can eat. Macam kat Seoul Garden tu. Tunjuk kad matrik, dapat diskaun. Kalau tak salah saya, RM18 untuk student. Soup dengan kuah tomyam boleh minta refill. Memang ada staff yang akan ke hulu ke hilir bawa bekas panas untuk customer yang nak refill kuah. Sedap makanan yang dia sediakan. Ada banyak pilihan air. Ada juga nasi goreng, bihun goreng, french fries, nugget and sausage. Ada juga frozen food mcm meatball, crab stick, dan ada juga seafood mcm kepah, ikan kembung, udang. Steamboat boleh, grill pun boleh. Sama macam Seoul Garden, tapi ni versi budget. Tempat pun okay, cuma biasa lah lepas bako membako, baju bau ler sikit ye yeop. 

Haritu waktu kitaorang datang agak ramai sebab weekend kan. Buat lah reservation dulu sebelum pergi, supaya korang tak marah-marah bila kena berdiri sebab ramai kan. Lagi satu, makanan macam berebut-rebut sikit. Tambah-tambah bila dia refill seafood kat tempat ambil makanan tu, semua orang serbu. Yang tinggal banyaknya frozen food hmm. Maybe Aniq Steamboat boleh buat penambah baikkan la untuk bab itu sebab ye lah, tempat dapat sambutan dan jadi tarikan kan, maka berpusu-pusulah orang datang.

Location: Jln Seri Teruntum 1, Kampung Damak, 25100 Kuantan, Pahang, Malaysia

8) KULA CAKES

Ini antara tempat yang wajib untuk food hunters pergi. Sebut je Kula Cakes, siapa je tak tahu kan. Yang famous kat sini ialah Mango Cake, katanya memang sedap giler. Saya tak makan mango, so beli chocolate cake haritu. Okay laa..not bad. Tapi saya prefer Secret Recipe lagi laa sebab maybe dia guna dark chocolate kot, so cake dia agak pahit sikit. 

Btw, Kula Cakes yang berhadapan dengan Sungai Kuantan tu sangat cantik. Makan rasa macam dok kat taman gittew. Cantik2. Korang should give it a try!

9) SEKILAU TOMYAM

Sekilau Tomyam ni bagi saya tomyam dia takde lah power mana. Ok laa, sedap. Tapi pernah makan tomyam yang lagi sedap pada tu. Tapi masakan panas dia memang sedap! Nasi goreng tomyam tu terasalah tomyam dia, secukup rasa. Tambah pulak telur mata leleh, urghh!

Kalau bulan puasa, boleh whatsapp owner dia untuk buat tempahan siap-siap. Memang penuh lah kedainye waktu berbuka.

10) RESTORAN SELERA ZUZANA

Restoran ini terletak lebih kurang 5 minit dari stesen bas Terminal Sentral Kuantan (TSK). Dia ada sediakan pulut durian, pulut mangga, somtam dan semua masakan Thailand. Ini pun recommended untuk korang yang tekak sukakan makanan Siam. Google je, memang ada restoran ni dalam maps. 


Jadi, inilah saja entry saya untuk kali ini. Kuantan ni best! Tambah-tambah time Ramadhan bila warga Kuantan pakat berbuka puasa di padang depan masjid negeri Kuantan. Best! Dah 2 tahun dapat merasai pengalaman berbuka di padang, ini semua terima kasih untuk sahabat baik saya. 

Bagi saya kan, wlaupun sesuatu tempat tu biasa-biasa aje, tapi bila kita berada dengan orang yang betul, terus jadi best. Begitulah juga, seseronok mana dan sebagaimana mewah pun tempat tersebut, tapi jika kita berada dengan orang yang salah, tetap tak seronok. Yedok?

Sebab tu, walaupun makanan tersebut tidaklah sesedap mana, tapi bila kita seronok dengan kawan-kawan ataupun keluarga, rasa enjoy je makan tu kan. Kesemua suggestion places yang saya tulis ni 100% daripada pengalaman saya sendiri ye. Based on my own taste buds. Tak semestinya sedap bagi saya, sedap juga untuk korang. Saya doakan semua orang yang berusaha mencari rezeki halal termasuklah pengusaha dan pekerja restoran, dimurahkan rezeki. Yang mana customer puji, kekalkan. Yang mana customer complain ataupun tak puas hati, perbaiki. 

Jaga kesihatan guys!

Wednesday, 6 June 2018

Jom Travel Korea!

Hai Assalamualaikum.
안녕하세요! Anyeong hasaeyo!  Hello!
잘 지냈어요? Jal jinessoyo? How are you?

I went for exchange program to Sun Moon University, South Korea for almost 5 months. So harini nak share a few common or cool places for you guys yang plan nak g bercuti ke South Korea!

Letch go people!

SEOUL

1) Myeongdong
Tempat paling best untuk shopping dan try street food. For girls mesti terkesima, teruja dengan kosmetik dan skincare yang ada di Myeongdong. Kebanyakan kedai skincare akan bagi free gift. souvenir kalau kita masuk kedai dia even nak window shopping je pun. Selalunya dapat face mask la. Takpe..ambil je. Tak habis pakai, kasi member sebagai ole-ole. Kikiii.

Street food sana nice tapi hati-hati ye, kot ada oink-oink.








2) Itaewon
Yeahhh! My favorite place. Sebulan sekali mesti pergi sebab nak makan ayam/ daging halal hehe. Kat sini international area, ramai foreigner.

Masjid Itawon/ Masjid Seoul

Makanan halal kat sini memang banyak. You guys boleh dapatkan Korean food halal mcm samgaetang (sup ayam herba), bulgogi (daging lembu), dwenjang jjigae (soybean paste stew) dan semua jenis masakan korea la kat sini. Paling famous Restoran Eid dengan Restoren Makan. Kebanyakan part timer kat Eid Malaysian students, so pape nak tahu tentang Seoul boleh je tanya diaorang. Kawasan Itaewon ni mmg akan selalu ja jumpa Malaysian tourist. A must go place! Tak cukup syarat travel Korea ok kalau tak gi sini.


Restoran Makan. Jalan beberapa minit je dari Masjid Seoul.


Restoren Eid! Rasa dia sangat perfect. Famousnya kedai Eid ni sampai boleh buka cawangan satu kat Bangi, Malaysia. Sedap sedap! Wajib try! Kedai ni kecil tau, selalu penuh. So kena sabaq sikit la noh beratoq. Nasib hangpa la kalau mai tak ramai orang, Alhamdulillah. 



Jangan order makanan pelil-pelik please guys. Muntah kang. Ni bukan kat Seoul ye btw.

3) Gyeongbokgung Palace
Selalunya orang akan sewa pakai Hanbok kat luar dulu, then baru masuk dalam istana sebab free kalau pakai Hanbok.

Saranghanen chingudel! 





Yongsan Station
Ni stesen train je, tapi kat luar dia cantik-cantik. Nice la untuk tangkap gambar. Kalau dah habis pusing Seoul tak tahu nak g mana maybe boleh la korang g sini. Explore semua tempat selagi boleh, kan? Capture and keep it into your memories capsule~




Everland Theme Park
Sehari memang tak cukup kalau nak naik semua benda. Cantik Everland ni! Runningman pernah datang sini conduct challenge naik roller coaster kayu tu. 

Yang thrill nye roller coaster ni sebab dia takde seat belt tau. Harapkan penghadang kat pinggang je. Turun tu menggigil la tangan kaki semua. Esok tu sakit-sakit badan, biasa la hentak-hentak kat kerusi turun naik kaan. Rugi la g Everland kalau tak try benda ni. Serious!

Kitaorang pergi waktu Chuseok. Tiket promotion 30,000 won lebih kurang. Convert jadi almost RM100 macam tu la.





Gwangjang Market
I read a few writers on the internet yang suggest g jenjalan Gwangjang, but personally I would say no! Gwangjang ni famous sebab makanan dia yg mcm kita tengok dalam drama Korea tu, makan depan hawker tu sendiri. Tapi makanan kat sini actually boleh dikategorikan syubhah ye. Sebab kebanyakan penjual kat situ niage makanan yang based on khinzir sekali. Sosej khinzir rebus la, kaki la. Sometimes sesetengah kedai siap letak kepala khinzir atas meja. Can you imagine the smell of boiled pig? I don't know tapi I rasa nak muntah and I swear I won't go there anymore. So people..tak payah la pergi ok. Go somewhere else that worth your time and money. 

I makan vegetables kimbab and tteobokki. Tak payah la try, ok? Go somewhere else :) Honest recommendation

Many side dishes dijual di sana. Kebanyakannya sayur dan taste dia macam tak kena kot dengan tekak anak Malaysia.

Omg! Got so many places to cover. Will update them very soon! Bye



Tuesday, 5 June 2018

Tips Apply dan Interview Biasiswa Undergraduate

Assalamualaikum and Hi!

First of all, let me introduce a little bit about myself. I am IIUM student, majoring in English for International Communication (ENCOM). I have been receiving scholarship since my first year and now I am in my final year. Gonna pursue my internship this June! Okay tu je.

Here I nak share sikit tips untuk apply scholarship. I apply scholarship during my first year first sem and next sem tu Alhamdulillah, I dapat.

1) Rajin search
Selalu la godek-godek kat internet ye. Sometimes uni korang maybe ada release annoucement jugak pasal scholarship, cuma korang la kena alert. In my case, Finance Department yang release waktu I first year first sem. That was my first try, nak jadi rezeki, I got it in one shot! Alhamdulillah ala kulli hal. Kalau orang send link kat Whatsapp tu, gatal-gatalkan lah jari click link tu. Kot la nak jadi rezeki kan? Siapa tahu.

Untuk students UIA, alert la ye pasal announcement Scholarship. Jangan la malas nak apply. Takde benda yang datang bergolek ye kawan-kawan. Yang I perasan setahun sekali mesti Finance ada keluarkan application untuk scholarship. Kadang-kadang kat portal iMaalum pun ada announcement scholarships.

2) Send a complete application
Sometimes apa yang company/ organization tu nak mcm renyah sikit kan. Contohnya dia nak confirmation letter dari university, nak forms yg ada sign Dean la apa la. Usaha sehabis baik untuk hantarkan okay. Jangan la buat cincai poncai. Urusan duit ni urusan serious, bukan senang-senang orang nak sponsor kita untuk belajar kan. Good things take time peeps!

3) Prepare yourself for Interview
Search soalan yang selalu ditanya untuk scholarship interview. Banyak je kat internet. My interview session went for almost one hour. I was extremely nervous but Alhamdulillah, everything went well. As for my case, antara soalan yang dia tanya:
 -What is the most important thing in your life?
 -Do you think money is important?
 -What is the one important value that you believe in?
 -What do you plan to do during your undergraduate studies?

Satu soalan yang buat I terkaku kejap adalah soalan berkaitan Farah Ann. Ni soalan berkaitan current issue, so guys ini penting okay! Make sure you tahu apa yang tengah berlaku sekarang whether dalam negara atau pun luar negara. Waktu tu kecoh pasal netizen marahkan Farah Ann sebab pakaian kurang sesuai sebagai seorang gymnast muslimah kan, tapi KJ sebagai Menteri Sukan waktu tu back up Farah Ann. So the interviewers ask me about my opinion about this issue as a Muslim. I was quite shock because the interviewers are non Muslim so whatever comes from my mouth will represent how a Muslim teenager thinks.

4) Be confident 
Train yourself on how to be confident. One of the way to gain confident is through our attire. Pakai baju yang menampakkan kita ni professional. I wore blouse putih, kain skirt hitam, shawl hitam and kasut bertutup. Plus, handbag and bawa file satu kat tangan. Boleh la baca tips untuk interview from another sources such as:

https://www.studymalaysia.com/education/top-stories/five-tips-to-ace-a-scholarship-interview

https://www.unigo.com/pay-for-college/scholarships/how-to-answer-common-scholarship-interview-questions

http://www.supercollege.com/guide/guide.cfm?t_id=6&g_id=22&step=1

Kat first link tu dia ada cakap pasal practice. Yes, please do so. I practiced depan cermin, cakap dengan diri sendiri. Jawab FAQ regarding scholarship interview. Smile. Nervous memang nervous, but try to calm yourself okay.

5) Ask question. Show them that you are interested
At the end of the interview session, usually they will ask you if there is any enquiry or question that you have. Do ask okay guys! Tunjuk la yang kita ni berminat dengan company/ organization diaorang. Paling tak pun tanya la, apa yang company ni buat? Ramai ke penerima biasiswa dari university you yg berjaya dapat biasiswa ni? Apa yg diaorang expect dari students? Haa gittew..

Last but not least jangan lupa say thank you for their time sanggup interview you. Some tips that I read suggest us to do some appreciation post kat social media and mention their company. Betul jugak la. Untuk tunjukkan yang kita sangat berterima kasih dan menghargai masa yang diaorang spent untuk belek-belek maklumat kita, call set interview, then interview session tu lagi.

Kalau dapat alhamdulillah. Yeay! Semua orang yang pergi interview mesti la nak dapat kan, mana ada orang pergi dengan harapan tak dapat. Or at least, sebab nak kan pengalaman interview tu kan. But still kalau tak dapat jangan la cedey cedey. Namau cedey okiee. Try la apply yang lain. Banyak interview yang korang pergi, banyak pengalaman yang korang dapat timba kan. Penting semua tu untuk masa hadapan, contohnya interview kerja. Lain company, lain style and strategy diaorang guna untuk interview candidates.

For those who are wondering how much Kuok Foundation give us, it is RM6000 per semester. Duit tu I simpan sikit-sikit then pergi exchange program kat Korea. Hehe. Boleh la baca pengalaman exchange I kat sini: Pengalaman Exchange Enyscha ke South Korea

Boleh la pi google Kuok Foundation and apply for those who are interested. Ada tarikh buka and tutup dia tau. Another scholarship that I would like to suggest is Wilmar. Try la google. Banyak jugak dia bagi satu sem, RM6500 ke RM7000 macam tu, sama mcm Kuok, biasiswa depends on your course.
Get-together organized by Kuok Foundation. Majority of the awardees are Chinese.


Step lepas dah dapat biasiswa ni sangat mencabar tau guys. You kena pi terminate PTPTN, cari guarantors, maintain CGPA and so on. Tapi ingat lah, nothing comes easy! InsyaAllah kita belajar betul-betul, Allah akan tolong. I think that's it for this time! Jangan takut untuk cabar diri kita. Give it a try because you won't know until you reached it. Jangan pandang rendah kat diri kita, okay?

!مع السلامة

Exchange Program ke South Korea

Anyeong hasaeyo yorobon! Eny-shhi imnida!

Hi! Post kalini nak share tentang pengalaman gi exchange program ke South Korea. I studied in UIA, Kuliyyah of Languages and Management (KLM), minor in ECI went there for one semester, plus minus about 5 months. SunMoon University ni terletak di kawasan luar bandar, Cheonan-Asan Si iaitu almost 3 jam dari Seoul kalau naik train. Pergi sana waktu bulan Ogos 2016 sampai Disember.


Musim di South Korea:

  • November-February (Winter)
  • March-May (Spring)
  • May-August (Summer)
  • September-November (Autumn)
Mula-mula waktu sampai sana waktu summer, musim panas. Ya Allahu rabbi. Kitaorang expect autumn, tak sangka rupanya summer lagi. Panas dia panas yg tak berangin. Kita Malaysia panas lembap berangin tapi sana macam panas kering. Shock jugak la kejap sebab panas sangat, padahal dah hujung-hujung summer dah. Some of us ada yang demam, biasa la perubahan cuaca kan. Flight mengambil masa about 6-7 hours from KLIA to Incheon airport. 

Summer- Ogos 2016
One of the palace at Asan

Kat Itaweon Seoul. Jalan-jalan cari makanan halal. Panas sangat-sangat, esok tu rasa tak nak dah keluar jalan.

Waktu kat sana ada je makcik-makcik Korea (ahjumma) tanya tak panas ke pakai hijab summer mcm ni? 
Reply je laa "tak panas pun. Kat Malaysia pun panas, jadi dah biasa." (kwenchana yo. Uri nara do irohkae towoyo)
Tapi sebenarnya panas summer tak sama do dengan panas Malaysia huhu. 

Bila dah masuk autumn bulan 9 tu baru la lega. Alhamdulillah dah tak panas, tapi takde la sejuk yang kena pakai coat lagi. Cuaca dia just nice je. Cuma waktu musim luruh ni hujan selalu turun, memang mcm tu sebab peralihan cuaca. Autumn rain diaorang panggil. Daun-daun pokok slowly turned into yellow, orange, pink, gold. It was so beautiful! Omg! Kalau nak gi jenjalan Korea, I personally would recommend people to go there during autumn, which is from September-November. Paling cun bulan October sebab most of the leaves dan tukar jadi colourful. Kalau September some pokok still hijau and kalau November, dia dah nak dekat winter, so daun dah banyak togel. In the mid of September, Korean will start wearing their coat. Pemandangan cantik, pakai coat sebab sejuk- perfect vacation! Sejuk autumn ni sesuai la nak jalan-jalan sebab takde la bad mood sebab panas kan. Happy je rasa. Ni gambar waktu autumn:

Pakai Hanbok untuk celebrate Chuseok. September 2016

Gyengbokgung, Seoul. October 2016

Gyeongbokgung

Hujung autumn. Sun Moon University

 Sun Moon University




MasyaAllah..sempurna ciptaan Allah. Cantik sangat-sangat autumn ni. Tak kira la Seoul ke, Nami Island ke, Sun Moon Uni ke semua sama cantik. Allahu akbar. Walaupun dah 2018, masih takjub bila tengok gambar-gambar ni balik. Rindunyaa lahai. Doakan saya murah rezeki, dapat la melancong Korea lagi. Amin.

Winter and snow are not as good as we imagine. My skin refused to be kind with me. Kulit jadi dry sangat, pedih muka, menggelupas, tak boleh pakai bedak pun. So hari-hari pakai moisturizer je nak kasi dia hydrate. Alhamdulillah..tak demam ke pape ke. But some of my friends jatuh sakit. Ada yang demam, ada yang mucus tersumbat tak boleh keluar, ended up pergi hospital sedut mucus keluar ikut telinga. Sejuk sangat kan and we never know how our bodies will react to that kind of weather. 

December 2016

Sun Moon Uni 


Here are few FAQ about exchange program/ South Korea/ general sharing:

1) Berapa budget g exchange?
Depends pada keperluan dan cara individu spend money. Hasil from the data that I collected from senior and my own group yang pergi exchange, the minimum spent was RM10K. Termasuk semua flight tiket pergi balik, yuran exchange, visa, makan minum and so on. As for me, I spent about RM12k+, termasuk jalan-jalan Seoul, Busan and so on. I went to Seoul at least once in a month, sebab nak makan ayam halal kat Itaewon huhu.

I kumpul duit dari biasiswa I sebab memang ada niat nak g exchange kan. Kalau you guys berminat, here I share some experience and tips about undergraduate scholarship. 



2) Susah ke makanan halal kat Korea?
Kalau kat Seoul InsyaAllah tak susah, cuma mahal. For instance, kat Malaysia air mineral kita boleh dapat dengan RM1 kan, kat sana lebih kurang 1000 Won=RM 3.80.

So set dalam minda. 1000won function dia sama macam RM1, tapi bila convert duit kita jadi RM3.80 sebenarnya. 
One complete meal yg ada nasi, ayam, kuah, sayur, air selalunya dalam lingkungan 10,000won = RM38. Sekali lunch/ dinner sama dengan RM38, mahal ke murah? Huhu..tepuk poket, tanya dompet.

Kalau kawasan rural, memang susah nak dapat yg halal. Better la prepare bawa instant noodles, serunding, instant segala jenis instant, koko crunch, milo, kicap kipas udang, sos, paste tomyam nasi goreng semua tu. Spare satu luggage untuk makanan je. Ye la, nak survive 5-6 bulan kan. Ingat boleh dapat ke semua tu senang-senang kat sana? Maggi kari yg RM5 lebih satu pack tu kat sana RM38, nangis tu nangis, beli tetap beli. Makan banyak gila maggi kat sana sampai bersumpah takkan makan maggi langsung dah balik Malaysia nanti hahaa. 

Berhati-hati la beli keropok, jajan, air tin, ice cream kat sana, Diaorang selalu letak gelatin babi ataupun flavor. Kitaorang dah byk kali termakan. Allahu. So hafal ok perkataan "dweji돼지. Haa tengok kat ingredients tu ada ke tak. Berhati-hati ye, benda masuk dalam badan, jadi darah daging.

3) Korean pandai English ke?
Boleh dikatakan susah la nak jumpa yang pandai English. Even peniaga kat Seoul macam Namdaemun, Myeongdong, Itaewon macam tu pun, diaorang memorize English je sebenarnya.Tapi ada ja yang memang boleh speaking. So susah la nk communicate. Better kita yang belajar bahasa Korea. Belajar basic pun dah ok. Contohnya:

Tanya harga
Igo olma eyo? 얼마예요?
Paling tak boleh reply soalan kita pun, dia tunjuk calculator je berapa harga. 

Ada daging babi tak dalam makanan ni?
Dweji issoyo? 돼지있어요?
Boleh dia dia angguk ke geleng ke kaan..

Kelebihan bila boleh cakap Korea ni, diaorang akan mudah nak bagi diskaun. Diaorang suka orang Malaysia sebab lembut dan baik katanya.

4) Banyak ke barang nak kena bawa?
Baju tak payah banyak pun takpe. Pusing-pusing baju sama je sebab kat luar pakai coat jugak. Coat kat sana cantik-cantik dan harga pun ok laa.
Makanan halal penting, bawa banyak pun takpa.
Universal charger jangan lupa. Plug Korea tak sama macam Malaysia.
Sport shoes penting untuk jalan-jalan, cuma bila dah hujung autumn nak masuk winter tu, kasut start jadi lembap basah-basah. Sebabtu pakai kasut kulit/ boat shoes. Sebab lembap kan, so kaki jadi so smelly. Bau masam.
These are my boats! Ok la kaki tak berbau but still, sport shoes lagi selesa.

Jangan bawa barang banyak sangat la, sebab confirm balik Malaysia barang tu akan beranak pinak. Souvenir untuk sepupu, mak sedara, ex, bakal mak mertua, sahabat handai semua ada. Barang-barang shopping stokin, baju, cosmetic, skincare..ehh memang banyak la. Tipu la kalau tak beli pape kat sana.
ATM machine senang je nak jumpa. Cuma charge dia mahal. Sekali keluarkan duit, caj lebih kurang RM15. Papepun jangan lupa activate kan kad ATM korang utk kegunaan di oversea. Yang paling mudah Maybank dengan CIMB. Maybank boleh buat kat ATM Maybank, CIMB boleh activatekan online je guna CIMB Clicks. Canggih bukan?

5) Apa subjects KLM yang match dengan Sun Moon University untuk transfer credit?

Depends pd Sun Moon uni Korea tu what subjects diaorang offer for that particular semester. Kalau u mmg ada plan nk g exchange Korea, I nasihatkan xpayah ambil lagi elective language kat uia. G Korea nanti ambil Korean Language, terus akan transfer 9 credit hour. Another subjects yg Sun Moon selalu offer Intercultural Communication, Public Relations and Muslim and New Media. Usually memang 3 subjects ni je. 

So mcm I haritu ambil Korean language utk 3 levels which carried 9 credit hour, plus intercultural communication. So total transferred 12 ch. Ada je kwn yg ambil satu lg subject utk cukupkan 15 ch. Depends on kemampuan masing2 sbb Korean Lang tu quite challenging. Hari2 kelas Mon to Friday 8am to 1pm.

6) Nasihat untuk students yang nak g exchange?
Memang banyak halangan, cubaan, mehnah dan tribulasi utk nak g exchange ni. Ngko hadap je dik, rempuh je. Sabar itu penting. Cubaan tu sekejap je, tapi pengalaman tu sangat berharga. Sumpah tak tipu. Tak sama pergi melancong seminggu dua dengan stay sana 5-6 bulan, tak gitu? Kita immerse sendiri dalam society, observe how they work, how they manage things and how their education work. Macam mana diaorang menepati masa, public transport, sistem yang canggih-canggih, teknologi, semua tu kita observe dan ambil pengajaran. Plus, ini boleh jadi peluang kita nak menyebarkan dakwah. Rata-rata Korean tak tahu tentang Islam dan Muslim, jadi boleh ambil peluang ni untuk tunjukkan contoh perangai, akhlak yang baik kat diaorang. Kalau pandai Korean language, lagi bagus. Advantage sebab boleh explain kat diaorang. 

Jauh berjalan, luas pandangan. Kan? Sementara tubuh badan sihat ni, bertebaranlah kita di bumi Allah ini. Kutip ilmu, timba pengalaman. Moga memberi manfaat kepada orang lain. InsyaAllah, amin. 

Next entry jom kita cakap pasal tempat menarik untuk jalan-jalan kat Korea pulak. Okay?
Annyeong! 


Finally! I graduated from my Master's Degree!

 Assalamualaikum all. I received lots of comments and email asking me about Master in IIUM. I feel overwhelmed with all the responses receiv...