Tuesday 5 June 2018

Exchange Program ke South Korea

Anyeong hasaeyo yorobon! Eny-shhi imnida!

Hi! Post kalini nak share tentang pengalaman gi exchange program ke South Korea. I studied in UIA, Kuliyyah of Languages and Management (KLM), minor in ECI went there for one semester, plus minus about 5 months. SunMoon University ni terletak di kawasan luar bandar, Cheonan-Asan Si iaitu almost 3 jam dari Seoul kalau naik train. Pergi sana waktu bulan Ogos 2016 sampai Disember.


Musim di South Korea:

  • November-February (Winter)
  • March-May (Spring)
  • May-August (Summer)
  • September-November (Autumn)
Mula-mula waktu sampai sana waktu summer, musim panas. Ya Allahu rabbi. Kitaorang expect autumn, tak sangka rupanya summer lagi. Panas dia panas yg tak berangin. Kita Malaysia panas lembap berangin tapi sana macam panas kering. Shock jugak la kejap sebab panas sangat, padahal dah hujung-hujung summer dah. Some of us ada yang demam, biasa la perubahan cuaca kan. Flight mengambil masa about 6-7 hours from KLIA to Incheon airport. 

Summer- Ogos 2016
One of the palace at Asan

Kat Itaweon Seoul. Jalan-jalan cari makanan halal. Panas sangat-sangat, esok tu rasa tak nak dah keluar jalan.

Waktu kat sana ada je makcik-makcik Korea (ahjumma) tanya tak panas ke pakai hijab summer mcm ni? 
Reply je laa "tak panas pun. Kat Malaysia pun panas, jadi dah biasa." (kwenchana yo. Uri nara do irohkae towoyo)
Tapi sebenarnya panas summer tak sama do dengan panas Malaysia huhu. 

Bila dah masuk autumn bulan 9 tu baru la lega. Alhamdulillah dah tak panas, tapi takde la sejuk yang kena pakai coat lagi. Cuaca dia just nice je. Cuma waktu musim luruh ni hujan selalu turun, memang mcm tu sebab peralihan cuaca. Autumn rain diaorang panggil. Daun-daun pokok slowly turned into yellow, orange, pink, gold. It was so beautiful! Omg! Kalau nak gi jenjalan Korea, I personally would recommend people to go there during autumn, which is from September-November. Paling cun bulan October sebab most of the leaves dan tukar jadi colourful. Kalau September some pokok still hijau and kalau November, dia dah nak dekat winter, so daun dah banyak togel. In the mid of September, Korean will start wearing their coat. Pemandangan cantik, pakai coat sebab sejuk- perfect vacation! Sejuk autumn ni sesuai la nak jalan-jalan sebab takde la bad mood sebab panas kan. Happy je rasa. Ni gambar waktu autumn:

Pakai Hanbok untuk celebrate Chuseok. September 2016

Gyengbokgung, Seoul. October 2016

Gyeongbokgung

Hujung autumn. Sun Moon University

 Sun Moon University




MasyaAllah..sempurna ciptaan Allah. Cantik sangat-sangat autumn ni. Tak kira la Seoul ke, Nami Island ke, Sun Moon Uni ke semua sama cantik. Allahu akbar. Walaupun dah 2018, masih takjub bila tengok gambar-gambar ni balik. Rindunyaa lahai. Doakan saya murah rezeki, dapat la melancong Korea lagi. Amin.

Winter and snow are not as good as we imagine. My skin refused to be kind with me. Kulit jadi dry sangat, pedih muka, menggelupas, tak boleh pakai bedak pun. So hari-hari pakai moisturizer je nak kasi dia hydrate. Alhamdulillah..tak demam ke pape ke. But some of my friends jatuh sakit. Ada yang demam, ada yang mucus tersumbat tak boleh keluar, ended up pergi hospital sedut mucus keluar ikut telinga. Sejuk sangat kan and we never know how our bodies will react to that kind of weather. 

December 2016

Sun Moon Uni 


Here are few FAQ about exchange program/ South Korea/ general sharing:

1) Berapa budget g exchange?
Depends pada keperluan dan cara individu spend money. Hasil from the data that I collected from senior and my own group yang pergi exchange, the minimum spent was RM10K. Termasuk semua flight tiket pergi balik, yuran exchange, visa, makan minum and so on. As for me, I spent about RM12k+, termasuk jalan-jalan Seoul, Busan and so on. I went to Seoul at least once in a month, sebab nak makan ayam halal kat Itaewon huhu.

I kumpul duit dari biasiswa I sebab memang ada niat nak g exchange kan. Kalau you guys berminat, here I share some experience and tips about undergraduate scholarship. 



2) Susah ke makanan halal kat Korea?
Kalau kat Seoul InsyaAllah tak susah, cuma mahal. For instance, kat Malaysia air mineral kita boleh dapat dengan RM1 kan, kat sana lebih kurang 1000 Won=RM 3.80.

So set dalam minda. 1000won function dia sama macam RM1, tapi bila convert duit kita jadi RM3.80 sebenarnya. 
One complete meal yg ada nasi, ayam, kuah, sayur, air selalunya dalam lingkungan 10,000won = RM38. Sekali lunch/ dinner sama dengan RM38, mahal ke murah? Huhu..tepuk poket, tanya dompet.

Kalau kawasan rural, memang susah nak dapat yg halal. Better la prepare bawa instant noodles, serunding, instant segala jenis instant, koko crunch, milo, kicap kipas udang, sos, paste tomyam nasi goreng semua tu. Spare satu luggage untuk makanan je. Ye la, nak survive 5-6 bulan kan. Ingat boleh dapat ke semua tu senang-senang kat sana? Maggi kari yg RM5 lebih satu pack tu kat sana RM38, nangis tu nangis, beli tetap beli. Makan banyak gila maggi kat sana sampai bersumpah takkan makan maggi langsung dah balik Malaysia nanti hahaa. 

Berhati-hati la beli keropok, jajan, air tin, ice cream kat sana, Diaorang selalu letak gelatin babi ataupun flavor. Kitaorang dah byk kali termakan. Allahu. So hafal ok perkataan "dweji돼지. Haa tengok kat ingredients tu ada ke tak. Berhati-hati ye, benda masuk dalam badan, jadi darah daging.

3) Korean pandai English ke?
Boleh dikatakan susah la nak jumpa yang pandai English. Even peniaga kat Seoul macam Namdaemun, Myeongdong, Itaewon macam tu pun, diaorang memorize English je sebenarnya.Tapi ada ja yang memang boleh speaking. So susah la nk communicate. Better kita yang belajar bahasa Korea. Belajar basic pun dah ok. Contohnya:

Tanya harga
Igo olma eyo? 얼마예요?
Paling tak boleh reply soalan kita pun, dia tunjuk calculator je berapa harga. 

Ada daging babi tak dalam makanan ni?
Dweji issoyo? 돼지있어요?
Boleh dia dia angguk ke geleng ke kaan..

Kelebihan bila boleh cakap Korea ni, diaorang akan mudah nak bagi diskaun. Diaorang suka orang Malaysia sebab lembut dan baik katanya.

4) Banyak ke barang nak kena bawa?
Baju tak payah banyak pun takpe. Pusing-pusing baju sama je sebab kat luar pakai coat jugak. Coat kat sana cantik-cantik dan harga pun ok laa.
Makanan halal penting, bawa banyak pun takpa.
Universal charger jangan lupa. Plug Korea tak sama macam Malaysia.
Sport shoes penting untuk jalan-jalan, cuma bila dah hujung autumn nak masuk winter tu, kasut start jadi lembap basah-basah. Sebabtu pakai kasut kulit/ boat shoes. Sebab lembap kan, so kaki jadi so smelly. Bau masam.
These are my boats! Ok la kaki tak berbau but still, sport shoes lagi selesa.

Jangan bawa barang banyak sangat la, sebab confirm balik Malaysia barang tu akan beranak pinak. Souvenir untuk sepupu, mak sedara, ex, bakal mak mertua, sahabat handai semua ada. Barang-barang shopping stokin, baju, cosmetic, skincare..ehh memang banyak la. Tipu la kalau tak beli pape kat sana.
ATM machine senang je nak jumpa. Cuma charge dia mahal. Sekali keluarkan duit, caj lebih kurang RM15. Papepun jangan lupa activate kan kad ATM korang utk kegunaan di oversea. Yang paling mudah Maybank dengan CIMB. Maybank boleh buat kat ATM Maybank, CIMB boleh activatekan online je guna CIMB Clicks. Canggih bukan?

5) Apa subjects KLM yang match dengan Sun Moon University untuk transfer credit?

Depends pd Sun Moon uni Korea tu what subjects diaorang offer for that particular semester. Kalau u mmg ada plan nk g exchange Korea, I nasihatkan xpayah ambil lagi elective language kat uia. G Korea nanti ambil Korean Language, terus akan transfer 9 credit hour. Another subjects yg Sun Moon selalu offer Intercultural Communication, Public Relations and Muslim and New Media. Usually memang 3 subjects ni je. 

So mcm I haritu ambil Korean language utk 3 levels which carried 9 credit hour, plus intercultural communication. So total transferred 12 ch. Ada je kwn yg ambil satu lg subject utk cukupkan 15 ch. Depends on kemampuan masing2 sbb Korean Lang tu quite challenging. Hari2 kelas Mon to Friday 8am to 1pm.

6) Nasihat untuk students yang nak g exchange?
Memang banyak halangan, cubaan, mehnah dan tribulasi utk nak g exchange ni. Ngko hadap je dik, rempuh je. Sabar itu penting. Cubaan tu sekejap je, tapi pengalaman tu sangat berharga. Sumpah tak tipu. Tak sama pergi melancong seminggu dua dengan stay sana 5-6 bulan, tak gitu? Kita immerse sendiri dalam society, observe how they work, how they manage things and how their education work. Macam mana diaorang menepati masa, public transport, sistem yang canggih-canggih, teknologi, semua tu kita observe dan ambil pengajaran. Plus, ini boleh jadi peluang kita nak menyebarkan dakwah. Rata-rata Korean tak tahu tentang Islam dan Muslim, jadi boleh ambil peluang ni untuk tunjukkan contoh perangai, akhlak yang baik kat diaorang. Kalau pandai Korean language, lagi bagus. Advantage sebab boleh explain kat diaorang. 

Jauh berjalan, luas pandangan. Kan? Sementara tubuh badan sihat ni, bertebaranlah kita di bumi Allah ini. Kutip ilmu, timba pengalaman. Moga memberi manfaat kepada orang lain. InsyaAllah, amin. 

Next entry jom kita cakap pasal tempat menarik untuk jalan-jalan kat Korea pulak. Okay?
Annyeong! 


9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hi akak .. kat sana ada psychology course tak? I mean kalau bt degree psychology kt uia n nak sambung kat korea boleh ke? Dan sijil nnti akan diiktiraf ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear. Sorry I overlooked your comment. Setakat ni, takde lagi students Psychology uia yg buat exchange program ke Korea. Yg ada hanyalah kos English, Engineering dan Economic, so far.

      Delete
  3. Hey I'm going for exchange to UOS this coming spring. I find this blog very helpful and inspiring especially the last part with the challenges and struggles huhu.. Thank you for sharing your experience!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Glad to know that my writings are fruitful. Do share with us your exchange journey!

      Delete
  4. Hello :)
    Im going to UOS this coming spring. I find your blog about your exchange very helpful and inspiring especially the last part about the challenges and struggles huhu...Thank you for sharing your experience!

    ReplyDelete
  5. Helo
    Saya nak tanya, ada qualification lain tak untuk terpilih jadi exchange student. Ada scholarship/sponsorship ke untuk exchange student ni? Lagi satu, course computer science ada jugak ke exchange student ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Requirement for exchange ni tak strict pun. Pointer atas dari 2.5/ 2.75, and at least you are the second year student. Ni je yg I ingat. Computer Science selalunya exchange ke Turkey under Mevlana program.

      Delete
  6. Hi dear. Students law punya credit hour banyak compared to other courses, so I tak pernah lagi dengar student law join exchange program.

    ReplyDelete

Finally! I graduated from my Master's Degree!

 Assalamualaikum all. I received lots of comments and email asking me about Master in IIUM. I feel overwhelmed with all the responses receiv...